Kurta Melayu edisi terhad diinspirasikan daripada konsep idea gabungan antara Baju Melayu yang menjadi identiti kaum lelaki di Malaysia ini bersama Kurta yang semakin mendapat tempat di kalangan kaum Adam di negara ini.
Kurta Melayu adalah satu ciptaan yang boleh digayakan mengikut kesesuaian dan keadaan. Ia boleh menjadi formal, semi formal dan santai mengikut keperluan anda.
Empat (4) Gaya bagaimana anda boleh memakai Kurta Melayu:
1. Baju Melayu: Pakai Kurta Melayu dan sarungkan sahaja sampin. Ia akan kelihatan seperti baju melayu moden
2. Kurta Melayu: Rimas bersampin ketika mahu berjalan menziarahi sanak saudara? Tanggalkan sahaja sampin dan anda akan nampak lebih relaks.
3. Kurta Kasual: Sarungkan Kurta dan pakai seluar slack kemudian berjalan masuk ke pejabat sambil membimbit beg.
4. Kurta Santai: Kenakan Kurta Melayu dan sarungkan sahaja kain pelikat. Anda akan kelihatan lebih santai. |